Tuesday, April 21, 2015

Kerna aku bukan untukmu




Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Hidup, takkan pernah lari dari membuat silap dalam membuat pilihan. Tapi aku percaya satu hari, 'the right person will appear in a right time' :) Dulu memang aku punya impian dan harapan untuk bersama dia. Semuanya aku rancang, nak rumah mcm mane, dekat mane, nak melancong dgn si dia sama2 and so on. Byk... mmg banyak yg aku dah impikan. Tapi jodoh tak panjang. Kecewa? Orang x siuman je yg mampu senyum lepas smua ni jadi dengan tiba2. Tapi siapa aku untuk tolak takdir Allah. Dia yg telah aturkan segalanya perjalanan hidup aku. Mungkin Allah pinjamkan aku seorang yg bergelar lelaki buat sementara sahaja untuk aku belajar ape itu erti cinta yg sebenar. Mungkin dulu aku terlalu buta dengan cinta. Mungkin aku terlalu lemah hingga sanggup memberi peluang kedua walaupun aku pernah dilukai satu waktu dahulu. Allah nak ajar supaya aku lebih tegas dan lebih sayangkan diri sendiri dahulu sebelum menyayangi yg lain. Dari hari ke hari aku semakin reda dengan ape yg berlaku. Aku belajar untuk melupakan segalanya tentang dia. Segalanya yg boleh mengingatkan aku tentang dia, aku cuba sorokkan dari pandangan mata aku. Sakit.. Yes aku sakit melihat dia bahagia bersama perempuan lain which is pengganti aku. Bila datang rasa mcm tu aku cuba cerita kepada kenalan yg mengetahui tentang cerita kami supaya aku lebih lega dan bangun untuk teruskan kehidupan. Tiba2 dia muncul kembali, mengaku yg dia masih cinta dan sayang terhadap aku dan keputusan yg dia buat adalah satu kesilapan. Allah.. semangat baru ku bina untuk lupakan segala kenangan tentang dia, tapi dia muncul kembali dengan pujukan dan rayuan. Dalam waktu yg sama dia mengaku yg dia juga sayang akan teman barunya juga. Yes.. GILA, tu perkataan pertama yg aku sampaikan dekat dia. Aku x semurah itu untuk terima cinta yg sebegitu. Cinta yg dari awal terhadap dua wanita? Tak pernah aku dengar. Suami yg tiba2 mencintai org len selepas 2-3 tahun kawin aku slalu dengar tapi tak pulak macam kes ni, belum kawin dah mengaku sayang kepada dua wanita. Allahuakhbar.. luluh hati ni dengar. Begitu murah pada dia cinta kepada seorang wanita yg dia mengaku untuk jadikan isteri. Terlalu pedih lagi bila dia minta aku rahsiakan smuanya dari teman barunya. Siapa aku di mata dia? Hanya perempuan simpanan? Allah..hancur luluh rasa hati ini. Kawan rapat yg aku kongsi kan cerita ini menganggap aku bodoh dan terlalu baik hati kerana menyimpan smua ni dan tak berterus terang dengan teman barunya. Hurm.. entahlah, ikotkan rase pedih hati dan rase benci dan marah mahu saje aku  khabarkan smuanya, tapi kerana aku adalah senorang yg x suka menghancurkan kehidupan org len lagi2 kehidupan sesama kaum perempuan. Aku pernah rasa mcm mane disakiti dan bukan salah teman barunya tetapi salah dia. Biarlah Allah yg tentukan apa balasan yg sepatutnye untuk dia. Aku? Teruskan hidup, membina impian dan harapan baru untuk masa depanku. Cukuplah sekarang aku punya segala, keluarga yg sangat menyayangi dan memahami, kerjaya yg mampu menanggung kehidupan aku dan mampu membantu serba sedikit keluarga dan agamaku iaitu agama islam :) Aku pernah terdengar ceramah dari Ustaz Kazim, jgn sakitkan hati or hancurkan hati manusia ni sebab satu hari bende yg kita buat dekat orang lain tu akan terkena balik pada kita, klu x kita mungkin anak2 kita nant yg akan merasa. Allah, jauhkanlah diri ku dari menyakiti org lain dalam sedar dan tidak sedar, Amin. Sekarang aku baru bukak halaman baru dalam kehidupan ni. Belajar melihat dunia luar, melihat berbagai ragam manusia. Jodoh? Allah sudah tentukan segalanya, aku hanya perlu berdoa dan mungkin sedikit usaha memperbaiki diri untuk bersiap menjadi yg terbaik untuk sesiapa pun yg bakal menjadi jodoh ku kelak, InsyaAllah :)


No comments:

Post a Comment