Wednesday, November 19, 2014

Berakhir di sini...

Allahuakhbar,

Tiada perkataan yg mampu aku luah bila kubaca pesanan-pesanan yg engkau tinggalkan hadiah yg paling terkesan yg engkau pernah beri utk aku. Apabila semua telah dirancang, keluarga telah aku khabarkan, engkau dengan tanpa berbincang terus meletakkan penamat di dalam hubungan ini. Adilkah itu semua utk aku? Allah sahaja yg tahu betapa hatiku hancur menerima alasan yg engkau berikan. Mungkin bagi engkau itu semua hanya perkara kecil, kerana engkau tidak pernah merasa ditinggalkan kerana engkau yang selalu meninggalkan. Maaf, bukan aku mendoakan perkara yang sama terjadi kepada engkau suatu hari nanti, tapi Allah Maha Adil mengadili hamba-hambanya sama ada yg teraniaya atau yg menganiaya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat sana tiada siapa yg akan terlepas diadili.

Pertama kali dalam hidup aku menangis depan ibu tercinta. Hari pertama, aku masih mampu tersenyum depan ibu menyampaikan perkhabaran itu, kataku " Biarlah emak, adik x kesah, mungkin bukan jodoh adik dengan dia." Hari kedua bila ibu sendiri duduk di depan aku memandang aku, air mata x mampu aku bendung lagi, bagai air dari pili jatuh menderu, sambil ibu juga mengesat air matanya, " Biar la adik orang buat kita, kita jangan buat orang, emak tahu anak mak baik." Allahuakhabar, luluh hati bila dengar ungkapan yg terkeluar dari mulut ibuku. Ibu menasihati jangan berdendam, biar Allah lebih tahu bagaimana mengadili hambanya.

Tekadku selepas ini hanya ingin melihat ibu ayah dan keluargaku bahagia. Aku hanya akan gembira dan tenang apabila melihat keluargaku bahagia. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ku utk memberi aku pengajaran hidup yg sgt terkesan. Terima kasih utk semua kenangan manis mahupun pahit. Semoga engkau tenang dengan keputusan dan pilihanmu. Maaf, beri aku kesempatan utk kali terakhir memanggilmu dgn nama kasih dan cinta kita selama ini. Pergilah sayang, pergilah cari kesempurnaan yg engkau impikan selama ini yang tidak mampu aku berikan untukmu. Pergilah kasih, pergilah menggapai impian dan masa depan yg kita pernah rancang suatu waktu dahulu bersama teman barumu nanti. Ku harap penggantiku, akan setia menemanimu sewaktu jatuh dan bangunmu seperti yang aku pernah lakukan untukmu sepanjang kita bersama. Pergilah cinta, pergilah engkau kejar impian dan harapan yg engkau pernah janjikan utkku satu waktu dahulu bersama teman barumu. Pergilah kasih sayang cinta, pergilah jauh dari hidupku jika itu mampu buat engkau bahagia :')

 




-zierahanie-