Sunday, October 27, 2013

Permintaanku untukmu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Terkadang aku keliru,
Bila aku meluah rasa,
Engkau kata aku tidak fahami akan tugasmu
Tetapi bila mana kukatakan aku sudah memahaminya,
Sebaliknya pula yg kau fikirkan
Engkau kata aku berkata bohong
Kerana kononnya kau lebih mengenali diriku.

Wahai kekasih,
Hanya sedikit permintaanku,
Fahami juga aku,
Kerana aku sedang mencuba sedaya termampu diri ini,
Memahami dirimu, perubahan tugasmu.

Maaf jika terkadang terselit rasa
ketidakpuashatian hati ini
Kerana aku juga manusia biasa
Punya rasa ingin dimengerti
Bukan seperti malaikat yg teguh hati.