Sunday, October 27, 2013

Permintaanku untukmu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Terkadang aku keliru,
Bila aku meluah rasa,
Engkau kata aku tidak fahami akan tugasmu
Tetapi bila mana kukatakan aku sudah memahaminya,
Sebaliknya pula yg kau fikirkan
Engkau kata aku berkata bohong
Kerana kononnya kau lebih mengenali diriku.

Wahai kekasih,
Hanya sedikit permintaanku,
Fahami juga aku,
Kerana aku sedang mencuba sedaya termampu diri ini,
Memahami dirimu, perubahan tugasmu.

Maaf jika terkadang terselit rasa
ketidakpuashatian hati ini
Kerana aku juga manusia biasa
Punya rasa ingin dimengerti
Bukan seperti malaikat yg teguh hati.

Wednesday, September 18, 2013

Perbezaan Aku dan Dia


Bismillahirrahmanirrahim...

Siapa aku 
Di antara ayahanda dan bondanya
Yang memang patut dihormati dan dipatuhi.
Aku insan yg hanya muncul dalam hidup dia
Di suku umurnya,
Yang memberi rasa kasih dan sayang
Setelah dia terlebih dahulu merasainya
daripada ayahanda dan bondanya
Mungkin aku hanya pelengkap kasih syg 
Kerana selamanya yg patut dia patuhi ialah keluarga
Itu adalah keutamaan dia
Dan kerana selamanya syurga itu di bawah telapak bondanya.

Tapi lain bagi aku 
Bila akad termeterai
Syurgaku bukan lagi bersama ayahanda dan bonda
Syurgaku bersama dia
Keutamaanku adalah dia.

Oleh itu,
Siapa aku
Untuk dia?
Hanya insan biasa yg tidak punya hak
utk mempertikai akan janji yg dimungkiri,

Bila rasa terkilan beraja dalam hati
Kerana aku terlebih dulu mengharap kehadiran dia
Tapi keutamaan dia 
Masih untuk ayahanda dan bondanya,
Walau ke mahkamah dunia mana sekali pon
Aku bawa untuk ditegakkan keadilan
Aku tetap kalah
Kerana sudah terpateri sejak azali
Aku bukan keutamaan dia
walau ikatan itu suci dan halal
Tidak tertanding ikatan 
Sebuah keluarga.

Kerana DIA ialah LELAKI
Dan 
AKU ialah PEREMPUAN
Dan kerana itu membezakan aku dan dia.

Abang,
Jaga ayah dan emak 
Lindungi mereka
seperti mana mereka 
lindungi kita di waktu kecil,
Bahagiakan mereka
Ingat keutamaan abang
bukan pada isteri tapi pada ayah dan emak.

Tetapi, 
Untuk adik,
Keutamaan adik bukan lg pada ayah dan emak
Bila dia lafazkan akad
Secara total berpindah untuk dia
Adik hanya mampu dpt meminta belas ehsan keizinan dari dia
Untuk dapat terus adik berbakti utk ayah dan emak
Sehingga hujung nyawa.

Dan ini kerana, 
ABANG ialah LELAKI
dan
ADIK ialah PEREMPUAN.


Lots of love,
Zierahanie

Sunday, August 25, 2013

Its adult things

Bismillahirrahmanirrahim...

There was a thing we have to keep n there was a thing that we need someone to listen to our emotionally imbalance thingy.. Twitter n Facebook are too open for us to share about personal life.. Blog? Hurmm who cares its mine...

Its difficult to begin, how things had done so far yet? There will be a period of ups n downs in this relationship, from the start i knew it will happen. Mak always said to me about the age matter since the time when abg decide to get engage with someone who was the same age as him.. Mak kata its difficult to have ur spouse who is about at the same age as u bcoz the level of maturity for both partner will be the same.. Bila si isteri cepat sgt merajuk or melenting about something, si suami kurang dpt tahan lame dgn keaadan mcm tu.. Dua2 lebih nak tunjuk yg dua2 had their own ego.. Same goes when suami marah or merajuk dgn isteri.. Tahap limit kesabaran si isteri utk pujuk suami tu jadi kurang.. Hurm.. Entah kenape.. Tiada jawapan utk soalan tu.. Mungkin dua2 egonye sama, degilnye sama2 naik, tahap kesabaran tu jadi kurang.

Bertolak ansur.. Tu je yg mak mampu nasihat.. Jgn telalu ikot kata hati.. Biar la kita terluka atau ape skali pon..bila da jadi isteri..suami x nak pujuk..xpe..pujuk diri sendiri..bila ade bende kita x puas hati..xpe..diamkan.. Sbab dia suami kita.. Dia syurga kita.. Hati kita yg terluka ni biar Allah yg ubatkan, bila kita x puas hati tapi x didengari, xpe biar Allah yg dgr semua ketidakpuashatian kita. Biar Allah yg tenangkan kita tapi tnggungjawab kita ialah utk tenang kan suami senang kan hidup dia kerana dia adalah SYURGA KITA.

But for now, aku masih blom mampu utk buat smua ape yg mak pesan.. Sbab mungkin blom tiba masenye dia layak utk aku hormati sebagai suami.. Hati memberontak bila terluka, minta dipujuk minta dibelai..tapi aku tahu hati dia pon same memberontak ingin dihormati ingin disenangi.. Maaf aku hanya manusia biasa yg hatinya mampu terluka mampu sakit bila dimarah disakiti.. Aku tidak sempurna seperti bidadari :')  Maaf utk itu.


Zierahanie

Tuesday, August 20, 2013

SWIFT


Mungkin sudah terlukis takdir,
Kita bertemu di sini,
Untuk kita berada di bawah satu nama
SWIFT
engkau satukan dua hati ini,
Yang sebelum ini masing2 mencari
tulang rusuk yg hilang.

Aku belajar erti kasih sayang rindu cinta dan kecewa di sini,
jatuh bangun dia aku nampak 
aku jadi saksi
Bila org mula menyoal
kenapa memilih dia dan tetap masih memilih dia walau 
berulang kali aku kecewa
aku sendiri tidak punya jawapan 
cuma yg pasti
hati aku kata dia
bukan sesiapa yg lain
tetapi tetap masih dia
HOZEFA ZAMIER
tetap nama yg sama
nama pertama buat hati ini terbuka
untuk terima seorang Adam dlm hidup ini
 selain ayah dan abg yg aku hormati.

Jodoh itu rahsia Allah,
harapan di setiap doa,
jika dia lelaki yg Engkau cipta
untuk menyempurnakan aku
melengkapkan ketidaksempurnaannya aku,
Engkau satukanlah hati kami
bila tiba waktunya nanti
cepat atau lambat
Engkau yg Maha Berkuasa
lebih mengetahui 
Amin Ya Rabb.

Sunday, April 14, 2013

Time flies...

Bismillahirrahmanirrahim...

Its been long time since last im updating this blog..hehe.. i think not much story to be shared..all going smoothly n followed my way.. Alhamdulillah :) and what amazed me more was it has been six months already! ouh time flies so fast people.. If people ask me now what more i want in my life.. i said its enough :) i have it all, a very loving n understanding family, very great friends n a very adorable InsyaAllah i can say future imam ^^ enough for now.. Alhamdulillah Ya Rabb... Another one year... May Allah ease our way in this medschool life.. Final year... here we are.. Hope me n all my friends will pass thru this year round together with success n great achievement.. Aminn

Dr Hanani in the process ;) InsyaAllah 

my loving parents :)

my understanding n supporting families ^_^

my crazier n happening final year's groupmate >,<

my heart n soul, also my tulang belakang i guess :)

All this people play a greater role in my life :) follow me through my ups n downs.. yeah all this people knew me better.. inside out.. pls Allah protect them from any bad things.. i may not be there always to take care of them.. i just have my prayer for them.. May Allah bless these people that i love so much <3


lots of love,
zierahanie