Wednesday, March 23, 2011

women are complicated but there's always a reason behind every deed. ;)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni mls nak taip2...so meh jom kita copy n paste je dr fb...hehee...soO enjoy! its something about WOMEN that usually MEN always mistakenly understood..^_^


  • Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
  • Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
  • Andainya lelaki tahu.Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
  • Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
  • Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
  • Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


<3 ^_^ <3


on our 9th...

Bismillahirrahmanirrahim..


uhh akhirnya..
its happen today...
benda yg paling aku takut...
it happen on our 9th month anni...
why today???
uhh..
is it my fault who cant accept it?
i noe he doesnt mean anything
just want to find members for 'something'
but
why her?
plzz only that thing 
i dont want
u to do
plz dear
T_T
for me
not her
im sorry
if im wrong
if im mistakenly understood


nite..

Friday, March 18, 2011

pelik ke x pelik?? -.-''

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat hari Jumaat smue!! 
mulakan hari dgn senyuman ^_^
hari ni dlm sejarah..
tak dapat masuk lecture hall..-_-''
lecturer tak bagi masuk...aiyooo
lambat 5 minit je...sob3
penat tau prof sy berusaha bgn pagi
rushing2 dtg
jauh tau sy bejalan...huhu
xpolahh nak wat camno kan..
sbenannye x nak ckp pasal ni pon tapi 
sebab its happen this morng..huhu
soO tahan je la ye korang 
bace aku bebel pasal bende ni =)

ahahh back to the story
sbenanye aku konpius+pelik semua ade laa
aiyoo aku pn x tau nak ckp ape
huhu..korang penah terfikir tak
bf korang sgt ngam n kamceng ngan ex korang???
aiyooo aku pn x tau nak komen ape..huhu
tapi bak kata abg aku.. lelaki biase la
mane ade simpan2 dlm ati cam pompuan
kawan tetap kawan
awek len cite..
tapi yela dlm kes aku ni mmg x pelik pn sbenanye
bf n ex aku tu satu skool
kitorang mmg smua dari skolah yg same
pusing2 jumpa org yg same
so x bape nak janggal la pon 
tapi tapi tapi
aku ni yg problem sbenanye
x leh nak terima kenyataan..huhu
so naazira just accept it!
end of story
i think so.. 


"Stop dancing with ghosts. Yesterday is dead: bury it and be done with it"




Thursday, March 10, 2011

bye bye! ^^

Bismillahirrahmanirrahim..

just to say gudbye to my dearii BLOG!
huhu
going for Simposium Perubatan in kelantan
try to be kelantanese for a few days >_<
hope everything gonna be fine
InsyaAllah..Amin
pray for us okeyy! 




p/s: miss badly something about us..^^
      hoping when i come back
      it will be like last time...
      LY dear..=)

Monday, March 7, 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna (DR.FADILAH KAMSAH)

Selamat hari Isnin!!! ^^

semoga minggu ni mengembalikan my mood untuk blaja...hehee..x leh tangguh2 lagi dah okeyy..exam dah dekat..huhu... cakap pasal exam ni jadi seram la plak...hee..okey2 tukar topik...sebenarnye nak cite pasal bende len..masa berFBing terjumpa satu notes ni...cam best je...so nak share kat sini...huhu..semoga kite boleh ambik pengajaran ape2 yg patut ^_^



 BUAT PEDOMAN BERSAMA.  ^^

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....




" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu."
~Al Baqarah:216~

^_^



Friday, March 4, 2011

it's fate ^_^

Bismillahirrahmanirrahim... ^_^

Tengah-tengah bosan tak tau nak wat pe tiba2 terbaca lak satu artikel...ahahh sgt suka dengan satu ayat ni

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”


Hehe teringat la pulak zaman-zaman skool dulu...cinta monyet...hehehh..start masa form two (gilerr awal kan...hehee) tapi tak lama pon...then buat haluan masing-masing...
hee..tapi takdir...tak sape pon boleh halang..huhu.. n now we'r back together!! >_< 
hope it will be last forever...Amin