Wednesday, September 18, 2013

Perbezaan Aku dan Dia


Bismillahirrahmanirrahim...

Siapa aku 
Di antara ayahanda dan bondanya
Yang memang patut dihormati dan dipatuhi.
Aku insan yg hanya muncul dalam hidup dia
Di suku umurnya,
Yang memberi rasa kasih dan sayang
Setelah dia terlebih dahulu merasainya
daripada ayahanda dan bondanya
Mungkin aku hanya pelengkap kasih syg 
Kerana selamanya yg patut dia patuhi ialah keluarga
Itu adalah keutamaan dia
Dan kerana selamanya syurga itu di bawah telapak bondanya.

Tapi lain bagi aku 
Bila akad termeterai
Syurgaku bukan lagi bersama ayahanda dan bonda
Syurgaku bersama dia
Keutamaanku adalah dia.

Oleh itu,
Siapa aku
Untuk dia?
Hanya insan biasa yg tidak punya hak
utk mempertikai akan janji yg dimungkiri,

Bila rasa terkilan beraja dalam hati
Kerana aku terlebih dulu mengharap kehadiran dia
Tapi keutamaan dia 
Masih untuk ayahanda dan bondanya,
Walau ke mahkamah dunia mana sekali pon
Aku bawa untuk ditegakkan keadilan
Aku tetap kalah
Kerana sudah terpateri sejak azali
Aku bukan keutamaan dia
walau ikatan itu suci dan halal
Tidak tertanding ikatan 
Sebuah keluarga.

Kerana DIA ialah LELAKI
Dan 
AKU ialah PEREMPUAN
Dan kerana itu membezakan aku dan dia.

Abang,
Jaga ayah dan emak 
Lindungi mereka
seperti mana mereka 
lindungi kita di waktu kecil,
Bahagiakan mereka
Ingat keutamaan abang
bukan pada isteri tapi pada ayah dan emak.

Tetapi, 
Untuk adik,
Keutamaan adik bukan lg pada ayah dan emak
Bila dia lafazkan akad
Secara total berpindah untuk dia
Adik hanya mampu dpt meminta belas ehsan keizinan dari dia
Untuk dapat terus adik berbakti utk ayah dan emak
Sehingga hujung nyawa.

Dan ini kerana, 
ABANG ialah LELAKI
dan
ADIK ialah PEREMPUAN.


Lots of love,
Zierahanie