Assalamualaikum.. Selamat malam cikgu ! Haha.. Tetiba je meniru gaya ketua kelas Upin dan Ipin. Well well west.. Malam yang indah datang lagi.. Aktiviti aku hari ni teman abg kesayangan yg demam sorang tu makan... tapi xpe sanggup! sbab xperlu keluarkan duit sendiri..hihi.. okeyh berbalik kepada tajuk...Erm entri ni tentang kelebihan seorang kidal. Mesti ada punya di antara korang yang dok terpacak depan skrin tu yang kidal kan.. Ecehhh.. Aku pon salah seorang dari itu woo.. Ya.. Aku seorang yang kidal dan aku amat berbangga menjadi seorang yang kidal. Sebab.. Kidal itu menawan serta cute.. Complete set tuh.. Haha.. =p
Bila bercakap tentang kelebihan kidal ni kan ada beberapa perkara yang aku suka sangat tentang menjadi kidal.. iaitu..
- Secara kajian umum, golongan kidal ni lebih pandai, lebih teror dan lebih kacak or cun berbanding golongan kanan. Ni bukan aku yang cakap okeh, tapi kajian dah dibuat. So.. Aku terasa ada betulnya kot.. Hehe.. lolololll =pp
- Golongan kidal jugak lebih sesuai dijadikan calon isteri / suami . Sebab? Berdasarkan kajian yang aku pernah terbaca, golongan ni akan sedaya upaya mempertahankan hubungan dan menjaga hubungan itu sekuat kuatnya.. Kira macam calon suami / isteri mithali gitu.. Haaa.. Ada betulnya gak tu.. klu di tolak tambah campur darab dan bahagi dah LAPAN tahun tu ==> aku knal dia... Hehe.. kira record gak la kan (tapi tu plus ngan waktu berehat kami..=p)
- Romantik? Member aku yang sama kidal dengan aku pernah cakap " kita beruntung kidal, sebab kita lebih romantik dari golongan bertangan kanan.. " . Errr.. Aku tatau nak sokong ke tak, tapi kalau ditengok member aku tu serius dia tu romantik ! Haha.. Aku? Tak kot.. lalala..
- Berdasarkan kajian yang aku baca jugak, jika suami isteri tu dua dua kidal, peratus anak dia pon akan kidal jugak agak tinggi . Dan boleh dikatakan pasangan dua dua kidal amat jarang ditemui didunia. Hoho... Kira macam "rare" woo.. Cool
- Golongan kidal jugak sangat la kreatif.. Ni bukan aku cakap ye.. ni berdasarkan kajian yang aku baca.. Tapi ada betul nya gak, beberapa designer hebat yang aku kenal, memang kidal ! =)
- Golongan kidal ni dikatakan amat rapat dan amat pentingkan family ! Err.. Yang ni aku sokong ! Haha..
Well.. Menjadi seorang yang kidal amat lah unik okeh.. Walaupun kekadang orang cakap guna tangan kiri ni macam kotor. Sebab tangan tu guna basuh poopoo, tangan tu gak la guna untuk benda lain. Haha.. Dah nak buat camne? Dah sejak azali gitu. Tak leh ubah! So.. Pada yang kidal tu, berbangga lah ye.. Aku pun kidal jugak.. Aku bangga ! Hehe..
Lots of loves,
-zierahanie-
No comments:
Post a Comment