Wednesday, July 29, 2015

Syawal 1436H - Gembira, teruja, sayu, sedih, benci...



Selamat Hari Raya! :)



Berlalu sudah Ramadhan, Syawal menjelang tiba... Aku melalui dengan penuh rasa yang bercampur, gembira, teruja, juga ada rasa sayu dan bingung. Mendengar perkhabaran pertunangan sepupuku yang sebaya denganku lebih buat aku risau. Bukan risau tentang jodohku, tetapi aku lebih risau dengan pertanyaan demi pertanyaan saudara-saudara kepadaku bila masaku pula tiba. Kebanyakan saudara maraku sudah sedia tahu tentang aku dan dia segalanya telah tamat, tapi bagi sesetengah saudaraku yang tidak rapat masih bertanya tentang dia. Apa yang aku rasa apabila muncul soalan tentang dia, rasa sakit, yup rasa itu masih ada. 

Bila aku ingat kembali betapa kesetiaan aku hanya dibuat barang mainan oleh seorang lelaki, sedih hanya Allah yg tahu. Lagi-lagi bila ia melibatkan emak dan ayahku, dan dia sampai hari ni, hampir setahun setelah dia memutuskan segalanya, tiada langsung usaha mahu meminta maaf kepada ibu dan ayah. Hanya dengan pesanan ringkas di phone, dia putuskan hubungan yang hampir sembilan tahun ini. Meminta maaf hanya melalui sms. Pedih dan sakit. Itu yang aku rasa. Dulu aku bukanlah seorang yg suka berdendam, tetapi dia, yup dia yang mengajar aku tentang rasa benci dan dendam. Bukan aku tak mahu untuk memaafkan, tetapi apabila setiap kali melihat wajah sedih dan rasa bersalah emak apabila saudara mara bertanya tentang dia kepadaku, membuatkan sakit itu datang kembali, benci makin menebal. Allah, jadikan aku seorang pemaaf seperti dulu. Hanya Engkau mampu mengubati hati ini. InsyaAllah, Amin. :')



-Zierahanie- 

      

Friday, June 26, 2015

JiMiY pergilah sayangku...







4 tahun kau bersama,
Suka duka ku kau jadi saksi,
Jatuh bangun tuanmu kau punya bukti,
Kerana dgn mu kau bawa kebahagiaanku,
Denganmu jua kau tetap ade melihat akan keperitanku...

Kau punya kesetiaan yg aku harapkan
dari seorang insan bergelar lelaki,
Tapi engkau hanya kemudahan untuk tuan mu,
Engkau tak punya perasaan seperti mereka,
Engkau hanya memberi tuanmu keselesaan,
Cuma namamu mengingatkan aku kepada kenangan,
Kenangan manis dan pahit...

Pergilah sayang kepada tuan barumu,
pergi menabur bakti kepada mereka,
Engkau tetap dalam ingatanku
Yang telah banyak berjasa,
Yang telah banyak berbudi,
Yang sentiasa menemani aku ketika kita bersama,
Dan kenangan pergilah engkau bersama,
Jangan pernah kembali dalam kotak memori ini...


-Zierahanie-


Saturday, May 23, 2015

Kekuatan...








Enam bulan sudah berlalu, kadang-kadang terdetik jua di hati ini kenapa semua ini berlaku kepada aku. Aku reda dengan apa yg berlaku, cuma terkadang hati ini masih nakal untuk terus memikirkan apa yg telah terjadi. Lagi-lagi bila melihat ramai rakan-rakan seperjuangan satu persatu menukar status, satu persatu bertambah tanggungjawab, terdetik jua di hati, adakah aku tidak layak untuk mengecapi seperti apa yg mereka kecapi. Astagfirullah, aku tahu betapa aku mempersoalkan segala yg telah Engkau tentukan untuk aku. Hati ini terlalu nakal untuk terus berfikir dan bertanya.

Lebih membuatkan aku terkenang bila ibu bertanya perihal jam, bertanya kenapa aku sekarang sudah lama tidak memakai jam. Alasan kerja ku berikan kepada ibu, untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada pesakit. Ah alasan yg sangat tidak kukuh, adik terpaksa ibu, jam itu adalah kenangan. Aku cuba sejauh yg boleh buang segala kenangan. Salah satu sebab untuk aku begitu teruja bertukar kereta juga adalah disebabkan kenangan. Iye satu persatu aku cuba luputkan segalanya yg berkaitan dengan kenangan. Supaya aku dapat bangun tanpa melihat sedikit pun kenangan yg tertinggal dalam lipatan kehidupan ku yg akan mendatang. InsyaAllah, aku tahu Engkau telah mengatur segalanya dengan begitu cantik. Aku tahu Engkau telah menyimpan untukku kebahagiaan di akhir cerita nanti. InsyaAllah, Amin :)


-zierahanie-

Tuesday, April 21, 2015

Kerna aku bukan untukmu




Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Hidup, takkan pernah lari dari membuat silap dalam membuat pilihan. Tapi aku percaya satu hari, 'the right person will appear in a right time' :) Dulu memang aku punya impian dan harapan untuk bersama dia. Semuanya aku rancang, nak rumah mcm mane, dekat mane, nak melancong dgn si dia sama2 and so on. Byk... mmg banyak yg aku dah impikan. Tapi jodoh tak panjang. Kecewa? Orang x siuman je yg mampu senyum lepas smua ni jadi dengan tiba2. Tapi siapa aku untuk tolak takdir Allah. Dia yg telah aturkan segalanya perjalanan hidup aku. Mungkin Allah pinjamkan aku seorang yg bergelar lelaki buat sementara sahaja untuk aku belajar ape itu erti cinta yg sebenar. Mungkin dulu aku terlalu buta dengan cinta. Mungkin aku terlalu lemah hingga sanggup memberi peluang kedua walaupun aku pernah dilukai satu waktu dahulu. Allah nak ajar supaya aku lebih tegas dan lebih sayangkan diri sendiri dahulu sebelum menyayangi yg lain. Dari hari ke hari aku semakin reda dengan ape yg berlaku. Aku belajar untuk melupakan segalanya tentang dia. Segalanya yg boleh mengingatkan aku tentang dia, aku cuba sorokkan dari pandangan mata aku. Sakit.. Yes aku sakit melihat dia bahagia bersama perempuan lain which is pengganti aku. Bila datang rasa mcm tu aku cuba cerita kepada kenalan yg mengetahui tentang cerita kami supaya aku lebih lega dan bangun untuk teruskan kehidupan. Tiba2 dia muncul kembali, mengaku yg dia masih cinta dan sayang terhadap aku dan keputusan yg dia buat adalah satu kesilapan. Allah.. semangat baru ku bina untuk lupakan segala kenangan tentang dia, tapi dia muncul kembali dengan pujukan dan rayuan. Dalam waktu yg sama dia mengaku yg dia juga sayang akan teman barunya juga. Yes.. GILA, tu perkataan pertama yg aku sampaikan dekat dia. Aku x semurah itu untuk terima cinta yg sebegitu. Cinta yg dari awal terhadap dua wanita? Tak pernah aku dengar. Suami yg tiba2 mencintai org len selepas 2-3 tahun kawin aku slalu dengar tapi tak pulak macam kes ni, belum kawin dah mengaku sayang kepada dua wanita. Allahuakhbar.. luluh hati ni dengar. Begitu murah pada dia cinta kepada seorang wanita yg dia mengaku untuk jadikan isteri. Terlalu pedih lagi bila dia minta aku rahsiakan smuanya dari teman barunya. Siapa aku di mata dia? Hanya perempuan simpanan? Allah..hancur luluh rasa hati ini. Kawan rapat yg aku kongsi kan cerita ini menganggap aku bodoh dan terlalu baik hati kerana menyimpan smua ni dan tak berterus terang dengan teman barunya. Hurm.. entahlah, ikotkan rase pedih hati dan rase benci dan marah mahu saje aku  khabarkan smuanya, tapi kerana aku adalah senorang yg x suka menghancurkan kehidupan org len lagi2 kehidupan sesama kaum perempuan. Aku pernah rasa mcm mane disakiti dan bukan salah teman barunya tetapi salah dia. Biarlah Allah yg tentukan apa balasan yg sepatutnye untuk dia. Aku? Teruskan hidup, membina impian dan harapan baru untuk masa depanku. Cukuplah sekarang aku punya segala, keluarga yg sangat menyayangi dan memahami, kerjaya yg mampu menanggung kehidupan aku dan mampu membantu serba sedikit keluarga dan agamaku iaitu agama islam :) Aku pernah terdengar ceramah dari Ustaz Kazim, jgn sakitkan hati or hancurkan hati manusia ni sebab satu hari bende yg kita buat dekat orang lain tu akan terkena balik pada kita, klu x kita mungkin anak2 kita nant yg akan merasa. Allah, jauhkanlah diri ku dari menyakiti org lain dalam sedar dan tidak sedar, Amin. Sekarang aku baru bukak halaman baru dalam kehidupan ni. Belajar melihat dunia luar, melihat berbagai ragam manusia. Jodoh? Allah sudah tentukan segalanya, aku hanya perlu berdoa dan mungkin sedikit usaha memperbaiki diri untuk bersiap menjadi yg terbaik untuk sesiapa pun yg bakal menjadi jodoh ku kelak, InsyaAllah :)


Monday, April 20, 2015

Biarkanlah


Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu ohh
Aku pergi demi bahgiamu...

Friday, February 6, 2015

Perempuan...



Orang perempuan memang degil

Org perempuan tak pernah serik
Dah tahu morning sickness tu teruk,
Masih lagi mahu mengandung

Org perempuan tak pernah serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang,
Masih lagi mahu mengandung

Org perempuan tak pernah serik,
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur,
Masih lagi mahu mengandung

Org perempuan tak oernah serik,
Dah tahu kulit akan jadi buruk sebab stretchmark,
Masih lagi  mahu mengandung

Org perempuan tak pernah serik,
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati,
Masih lagi mahu mengandung

Org perempuan tak pernah serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin,
Masih lagi mahu mengandung

Org perempuan tak pernah serik,
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang,
Masih lagi mahu mengandung

Org perempuan tak pernah serik,
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecil yg menyusu,
Masih lagi memilih untuk menghadiahkan zuriat untuk sang suami tercinta

Tapi itulah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan,
Maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai isteri nusyuz kepada suami.

To All beautiful woman out there, you are mentally strong,
Even stronger than men. Chin up, smile and live ur life to the fullest.
Never give up. When you ever feeling down and so tired of life,
Just remember that Allah is there and His always helping the one in need.

Wednesday, November 19, 2014

Berakhir di sini...

Allahuakhbar,

Tiada perkataan yg mampu aku luah bila kubaca pesanan-pesanan yg engkau tinggalkan hadiah yg paling terkesan yg engkau pernah beri utk aku. Apabila semua telah dirancang, keluarga telah aku khabarkan, engkau dengan tanpa berbincang terus meletakkan penamat di dalam hubungan ini. Adilkah itu semua utk aku? Allah sahaja yg tahu betapa hatiku hancur menerima alasan yg engkau berikan. Mungkin bagi engkau itu semua hanya perkara kecil, kerana engkau tidak pernah merasa ditinggalkan kerana engkau yang selalu meninggalkan. Maaf, bukan aku mendoakan perkara yang sama terjadi kepada engkau suatu hari nanti, tapi Allah Maha Adil mengadili hamba-hambanya sama ada yg teraniaya atau yg menganiaya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat sana tiada siapa yg akan terlepas diadili.

Pertama kali dalam hidup aku menangis depan ibu tercinta. Hari pertama, aku masih mampu tersenyum depan ibu menyampaikan perkhabaran itu, kataku " Biarlah emak, adik x kesah, mungkin bukan jodoh adik dengan dia." Hari kedua bila ibu sendiri duduk di depan aku memandang aku, air mata x mampu aku bendung lagi, bagai air dari pili jatuh menderu, sambil ibu juga mengesat air matanya, " Biar la adik orang buat kita, kita jangan buat orang, emak tahu anak mak baik." Allahuakhabar, luluh hati bila dengar ungkapan yg terkeluar dari mulut ibuku. Ibu menasihati jangan berdendam, biar Allah lebih tahu bagaimana mengadili hambanya.

Tekadku selepas ini hanya ingin melihat ibu ayah dan keluargaku bahagia. Aku hanya akan gembira dan tenang apabila melihat keluargaku bahagia. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ku utk memberi aku pengajaran hidup yg sgt terkesan. Terima kasih utk semua kenangan manis mahupun pahit. Semoga engkau tenang dengan keputusan dan pilihanmu. Maaf, beri aku kesempatan utk kali terakhir memanggilmu dgn nama kasih dan cinta kita selama ini. Pergilah sayang, pergilah cari kesempurnaan yg engkau impikan selama ini yang tidak mampu aku berikan untukmu. Pergilah kasih, pergilah menggapai impian dan masa depan yg kita pernah rancang suatu waktu dahulu bersama teman barumu nanti. Ku harap penggantiku, akan setia menemanimu sewaktu jatuh dan bangunmu seperti yang aku pernah lakukan untukmu sepanjang kita bersama. Pergilah cinta, pergilah engkau kejar impian dan harapan yg engkau pernah janjikan utkku satu waktu dahulu bersama teman barumu. Pergilah kasih sayang cinta, pergilah jauh dari hidupku jika itu mampu buat engkau bahagia :')

 




-zierahanie-